CINTA YANG HAK

Monday, 25 November 2013


Aku Mendongak Ke Langit,
Aku Masih Dibawah Langit Yang Sama,
Langit Ilahi, 

Aku Menyentuh Bumi,
Aku Masih Diatas Bumi Yang Sama,
Bumi Ilahi,

Ya, Selagi Roh Masih Bersatu Dengan Jasad, 
Selagi Itu Kaki Ku Perlu Melangkah,
Kadangku Berlari,
Kadangku Melangkah Longkai,
Kadangku Merangkak-Rangkak,
Dan Kerapku Tersungkur Jatuh,

Aku Masih Seperti Dulu??
TIDAK !! 
Aku Bukan Yang Dulu.

Mencari Dia Dikala Jiwaku  Malap,
Mengejar Dia Dikala Ditinggalkan, 
Meminta-minta Dikala Kekosongan,

Namun Kini,
Aku Masih Lagi Rasa Terasing,
Tatkala Melihat Ketakwaan Mereka,
Mereka Yang Lebih MencintaiMu,
Mereka Yang Begitu Tinggi Ilmu Dan Amal Pada Mu,
Sedangkan ku,
Bangkit Untuk Bertahajjud Terasa Payah.

Aku Menunduk Kembali,
Tidak Mampu Menatap Langit Itu Lagi,
Terasa Pilu Meremukkan Hati,
Ya Allah Aku Tidak Sehebat Mereka,
Ya Allah Masihkah Ada Tempat Untuk Ku Disisi MU,
Jerit Hatii... Ku Pendam...

Ya Allah Bantulah Aku Menjadi HambaMu Yang Bertakwa,
Bisikkan Pada Hatiku Arah Kiblat RinduMU,
Tuntuni Langkahku  Kearah CintaMU,
CINTA YANG HAK.

20 Muharram 1435H
10.27pm

p/s : waktu begini membuatkanku rindu padaNYA.


Layar Keinsafan

Monday, 16 September 2013


Lirik lagu ini membuatkan malam ini hati terasa begitu sayu..
tidak tahu apa yang ingin dinyatakan...
Hela nafas ditarik panjang namun masih tidak mampu merungkap apa yang berbekam dihati....




Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com  


   Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora




Iman Itu Rapuh

Thursday, 5 September 2013



Saat ini bait-bait lagu Taubat seorang hamba dari Irsyadee dan Hafiz Hamidun seakan-akan berlegar di minda meresap dihati.... Amat tersentuh dengan ungkapan ini :-

"Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan"
"Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan"

Kerana tidak semua orang bertuah seperti kalian, membesar dengan roh islam yang jitu dalam diri, yang tidak mudah ternoda dengan kemewahan dan keindahan dunia....Alhamdulillah Beruntunglah kalian.. Dan ada sebahagian dari kalian hanya mengecapi kemanisan iman itu setelah menerima ujian dari Sang Pencipta, "Teguran" agar kami tunduk dan kembali semula pada Nya... Alhamdulillah, sungguh Dia Maha Pengasih dan Penyayang.... Dan adakah kemanisan itu kekal??? 

Salahkah jika saya nyatakan bahawa "Iman itu rapuh" ??? 

Siapalah saya untuk mengukur tahap keimanan atau ketakwaan seseorang....Sungguh pengatahuan itu hanya milik Dia yang memegang hati-hati kita.... Cuma bagi saya, kita sendiri dapat merasai dimana tahap iman kita..adakah saat ini ia sedang memuncak atau sedang jatuh menjunam.....Kemanisan itu tidak akan kekal tanpa usaha yang berterusan...Alangkah ruginya setelah kita diuji dengan ujian yang dasyat, akhirnya kita kembali ke lopak yang sama..... Tidakkah kita mahu menikmati semula ,saat dimana tawakal dan redha kita kukuh pada Allah, dimana ketika itu ujian kuat menghimpit...Namun kemanisan iman itu telah mendamaikan hati yang sedang luluh meratap, saat itu iman terasa memuncak, kekuatan diperolehi berlandaskan "KEPERCAYAAN" pada yang Esa, percaya pada setiap bait kalamNya.....Indah...Subhanallah....jangan ditarik kemanisan itu !!!

Saat iman itu rebah tersungkur dibayangi godaan dunia, hati yang tandus masih mampu bergembira tapi benarkah kegembiraan itu bersama ketenangan??? Tanpa iman ketenangan tidak mungkin bermukin di hati... Jiwa yang gusar, celaru, kadang meresahkan hati yang dahagakan kalam-kalam Allah, bait2 zikrullah, Namun pada waktu itu, mampukah kita mengerti??? walaupun  berpakaian bersih dan mewah kotoran itu masih melekat,membayangi setiap langkah.... Wajah tanpa nur iman tidak mungkin nampak tenang walau dilapisi berlapis solekan,berjuta pujian.....tabarruj yang dipuja oleh mereka yang rosak hatinya.....nauzubillah min zalik !!

Jagalah iman..jangan sampai kita berdosa pada diri sendiri..berdosa pada iman kita dan sudah tentu Utamanya berdosa pada Dia yang menghidupkan dan mematikan kita....Tidak layak untuk saya menasihati bagaimana untuk menjaga iman... pesan saya pada diri sendiri agar saya sentiasa istiqomah dalam beribadah kerana wahai jasad bila-bila masa sahaja sakaratulmaut akan meragut roh mu... Astaghfirullahal'Adzim


Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Menurut ‘Aun al-Ma’bud, Allah tidak jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi seseorang tidak jemu beramal.



p/s: Ikut Nafsu, Lesu.. Ikut Marah, Parah... Ikut Hati, Mati... Ikut Jiwa, Kecewa.... Ikut Iman, In sya Allah, Aman...

Hijrahku

Wednesday, 17 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..

Alhamdulillah kita masih diberi peluang hingga ke hari ini,  hari ke-8 menunaikan ibadah puasa.. 
Namun masihkah peluang ini menjadi milik kita esok atau lusa??? atau adakah kita masih berpeluang untuk bersahur subuh nanti?? Terasa galau dihati, getar dijiwa, gusar  andai Izrail datang menjemput... 
namun bukan kah kita hidup untuk mati??? adabnya seperti bertemu untuk berpisah, seperti muda untuk menjadi tua ,Seperti sihat untuk sakit...Mudah diungkap namun jangan semudah itu diabaikan!!








08 Ramadhan 1410 hijrah, 8.00am..hari aku dilahirkan dengan fitrah yang suci Alhamdulillah.. Ramadhan ini juga menandakan genap setahun aku berhijrah,hidup seakan berputar 180darjah.  Tiada yang lebih aku syukuri  selain ujian itu telah membawa aku kembali kepadaMu...Telah menyedarkan aku selayaknya manusia, aku tidak wajar melupakan bahawa Engkau lah tempat bergantung. Ampuni hambaMu ini. Walaupun kepedihan dan kedukaan itu masih bersisa di hati namun ia tidak mungkin dapat membayar  jemputan yang Engkau hulurkan agar kembali kepada MU.. Ya Allah kadang ku menitiskan air mata kerana sepanjang epilog silam itu mengapa Engkau masih menjagaku??? Walau sering ku abaikan Mu mengapa Engkau masih mahu mentarbiyah ku??? Subhanallah, Maha Suci Mu YA ALLAH... Begitu besar sifat Maha Pengasih Mu, Begitu Agong kasih sayangMu....


Mulanya terasa segan untuk mengenakan tudung yang agak labuh, tidak mampu dinafikan rasa takut dengan apa yang difikirkan oleh orang sekeliling dan teman-teman. Takut jika mereka berkata "si fulan itu kena bala baru insaf ". Ya Allah terasa ngeri untuk berhadapan, terasa janggal bila diri berbeza dari sebelumnya. 


Dengan Ilmu agama yang cetek ini adakah layak aku bertudung labuh atau berjubah??? itulah yang bermain-main difikiran. Perspektif masyarakat yang turut tertanam dalam fikiranku. Namun kata-kata Bonda memberi semangat  "Menutup aurat itu wajib untuk semua wanita, tak semestinya orang yang tak  pandai agama tak layak untuk bertudung labuh..ilmukan boleh belajar " ... Aku pejamkan mata dan tetap dengan penghijrahanku...Membiarkan apa yang mereka kata...

Alhamdulillah walaupun baru setahun aku berhijrah tapi ia lebih bermakna dari 22tahun lalu yang dilewati dalam kerugian... Astaghfirullahal'Adzim


p/s : Without Allah on your side you can do nothing, with Allah on your said there nothing you cannot do..



Rintihan Seorang Hamba..

Saturday, 23 March 2013

Suatu Hari Aku Terjatuh Hingga
Sakit Luka Itu Telah Mematikan Kenikmatan Dunia Ini,
Tertunduk, Baru Memahami Selayaknya Aku Hanya seorang "HAMBA", 

Ya Tuhan, 
Aku Begitu Rapuh Dalam Musafir Ini,
Ya Tuhan,
Aku Tidak Mampu Meneruskannya lagi,
Ya Tuhan, 
Andai Syurga Itu Jaminan Untuk ku,
Inginku segera kembali padaMu,
Menamatkan Penat Lelahku Disini..

Namun Ya Tuhan
Aku Tahu..
Siapalah aku Untuk Syurga Mu,
Siapalah aku Untuk mendapat Tempat Disisi Mu,

Ya Tuhan,
aku Kesali Apa Yang ku Lakukan Pada Lewat Waktu Itu,
aku Merana Kerana Kejahilan Diri,
aku Insafi Kekurangan Ini,

Ya Tuhan,
Tidak Perlu Lagi ku Gambarkan Keperitan Hidup ini,
Sedangkan Engkau Lebih Memahami,
Pinjamkanku SujudMu Inginku Merintih Keletihan Dunia Ini,

Bukan ku Berputus Asa Dengan Rahmat MU,
Namun Hanya Engkau Tempatku Mengadu Hati,
Yang Tidak Jemu Dengan Rayuan2 Rungutan2 ku,
Yang Memahamiku Lebih Dari Diriku,
Yang Hampir Denganku Melebihi Urat Leherku,
Satu-satunya Yang Menyayangiku Melebihi Ibuku,
Yang Menciptakanku Dan
Yang Sentiasa Memberiku Peluang Kembali..


Sabtu      | 11 Jamadilawal 1434H
7:52pm   |  Khar UPSI..
merenung redupnya langit saat ini seredup hati..

Hidup dan Niat ???

Thursday, 14 March 2013

Salam ukhwah....


hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


  “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Konsep "Niat kerana Allah" dalam kehidupan kita sebagai muslim menjadi asas dalam setiap perkara yang kita buat, Bahkan setiap, yang Manusia normal lakukan dalam kehidupan seharian mereka pun akan didahului dengan niat...Untungnya menjadi umat islam dapat dilihat melalui kepentingan niat ini.. Perlu diingatkan untuk kita sentiasa mengupdate niat bukan sekadar mengupdate status di fb kerana bagi memastikan niat kita hanya pada yang SATU dan setiap apa yang dilakukan menjadi ibadah, dan sudah semestinya mencari keredhaan Allah semata-mata...Niat kerana Allah akan mematahkan ego dan kesombongan dalam diri, Niat kerana Allah akan menebalkan perasaan kehambaan dalam diri dan memandang dunia sekadar "platform" bagi akhirat....




TAJDID NIAT 

Perbaharui niat...peringatan ini untuk diri saya sendiri terutamnya, dalam setipa masa kita perlu sentiasa perbaharui niat kerana kita manusia biasa yang sering alpa, ..Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali.

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.

Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. - tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H
):

Sebagai pelajar kita harus faham menuntut ilmu adalah ibadah (jihad ilmu) umpama musafir ilmu berjihad atas jalan-Nya. Sabar dan tenang dalam urusan. Terutama ketika berhadapan dengan soalan discrete math.


p/s : Niat merupakan kayu ukur kepada perbuatan kita dan niat juga amat mempengaruhi perbuatan kita.


Aku Yang Semalam

Monday, 14 January 2013


Ya Allah...
Aku lah pada malam itu..
Yang sebak memohon keampunanMu 
Namun tingkah siangku mengundang kemurkaanMu...

Ya Allah...
Aku lah pada malam itu..
Yang bermunajat dan terlalu ingin dekat denganMu
Namun tingkah siang ku membelakangi keinginanMu ..

Ya Allah...
Aku lah pada malam itu...
Yang menundukan wajahku seperti tertunduknya jiwaku padaMu..
Namun siangnya daku terbuai dengan godaan dunia
akur dengan hambatan nafsu....

Aku yang semalam 
yang sering mengulangi dosa-dosa 
yang sering menyesali atas dosa itu

Aku yang semalam
yang berulang kali bertaubat 
yang berulang kali jua memungkiri taubatku

Ya Allah 
Mengapa dunia ini amat sukar untukku bermujahadah..
Ya Allah
Adakah Engkau menerima taubat ku yang berulang kali itu??



Nabi  s.a.w bersabda:
Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: 
Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. 

Lalu Allah azza wa jalla berfirman: 
Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. (dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.) 

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: 
Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku.

Lalu Allah berfirman: 
Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. (Dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. )

Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata:
Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. 

Lalu Allah berfirman: 
Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Tidak pula saya menggalakkan kita melakukan dosa kerana atas sifat Maha Pengampun Nya tapi saya ingin menyatakan bahawa JALAN PULANG KEPANGKUAN TUHAN ITU JAUH LEBIH LUAS dari segala dosa yang kita lakukan seandainya kita bertaubat...

p/s :  kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi kita tidak pernah tua untuk bertaubat..