Aku Yang Semalam

Monday, 14 January 2013


Ya Allah...
Aku lah pada malam itu..
Yang sebak memohon keampunanMu 
Namun tingkah siangku mengundang kemurkaanMu...

Ya Allah...
Aku lah pada malam itu..
Yang bermunajat dan terlalu ingin dekat denganMu
Namun tingkah siang ku membelakangi keinginanMu ..

Ya Allah...
Aku lah pada malam itu...
Yang menundukan wajahku seperti tertunduknya jiwaku padaMu..
Namun siangnya daku terbuai dengan godaan dunia
akur dengan hambatan nafsu....

Aku yang semalam 
yang sering mengulangi dosa-dosa 
yang sering menyesali atas dosa itu

Aku yang semalam
yang berulang kali bertaubat 
yang berulang kali jua memungkiri taubatku

Ya Allah 
Mengapa dunia ini amat sukar untukku bermujahadah..
Ya Allah
Adakah Engkau menerima taubat ku yang berulang kali itu??



Nabi  s.a.w bersabda:
Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: 
Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. 

Lalu Allah azza wa jalla berfirman: 
Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. (dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.) 

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: 
Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku.

Lalu Allah berfirman: 
Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. (Dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. )

Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata:
Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. 

Lalu Allah berfirman: 
Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Tidak pula saya menggalakkan kita melakukan dosa kerana atas sifat Maha Pengampun Nya tapi saya ingin menyatakan bahawa JALAN PULANG KEPANGKUAN TUHAN ITU JAUH LEBIH LUAS dari segala dosa yang kita lakukan seandainya kita bertaubat...

p/s :  kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi kita tidak pernah tua untuk bertaubat..