Rintihan Seorang Hamba..

Saturday, 23 March 2013

Suatu Hari Aku Terjatuh Hingga
Sakit Luka Itu Telah Mematikan Kenikmatan Dunia Ini,
Tertunduk, Baru Memahami Selayaknya Aku Hanya seorang "HAMBA", 

Ya Tuhan, 
Aku Begitu Rapuh Dalam Musafir Ini,
Ya Tuhan,
Aku Tidak Mampu Meneruskannya lagi,
Ya Tuhan, 
Andai Syurga Itu Jaminan Untuk ku,
Inginku segera kembali padaMu,
Menamatkan Penat Lelahku Disini..

Namun Ya Tuhan
Aku Tahu..
Siapalah aku Untuk Syurga Mu,
Siapalah aku Untuk mendapat Tempat Disisi Mu,

Ya Tuhan,
aku Kesali Apa Yang ku Lakukan Pada Lewat Waktu Itu,
aku Merana Kerana Kejahilan Diri,
aku Insafi Kekurangan Ini,

Ya Tuhan,
Tidak Perlu Lagi ku Gambarkan Keperitan Hidup ini,
Sedangkan Engkau Lebih Memahami,
Pinjamkanku SujudMu Inginku Merintih Keletihan Dunia Ini,

Bukan ku Berputus Asa Dengan Rahmat MU,
Namun Hanya Engkau Tempatku Mengadu Hati,
Yang Tidak Jemu Dengan Rayuan2 Rungutan2 ku,
Yang Memahamiku Lebih Dari Diriku,
Yang Hampir Denganku Melebihi Urat Leherku,
Satu-satunya Yang Menyayangiku Melebihi Ibuku,
Yang Menciptakanku Dan
Yang Sentiasa Memberiku Peluang Kembali..


Sabtu      | 11 Jamadilawal 1434H
7:52pm   |  Khar UPSI..
merenung redupnya langit saat ini seredup hati..

Hidup dan Niat ???

Thursday, 14 March 2013

Salam ukhwah....


hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


  “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Konsep "Niat kerana Allah" dalam kehidupan kita sebagai muslim menjadi asas dalam setiap perkara yang kita buat, Bahkan setiap, yang Manusia normal lakukan dalam kehidupan seharian mereka pun akan didahului dengan niat...Untungnya menjadi umat islam dapat dilihat melalui kepentingan niat ini.. Perlu diingatkan untuk kita sentiasa mengupdate niat bukan sekadar mengupdate status di fb kerana bagi memastikan niat kita hanya pada yang SATU dan setiap apa yang dilakukan menjadi ibadah, dan sudah semestinya mencari keredhaan Allah semata-mata...Niat kerana Allah akan mematahkan ego dan kesombongan dalam diri, Niat kerana Allah akan menebalkan perasaan kehambaan dalam diri dan memandang dunia sekadar "platform" bagi akhirat....




TAJDID NIAT 

Perbaharui niat...peringatan ini untuk diri saya sendiri terutamnya, dalam setipa masa kita perlu sentiasa perbaharui niat kerana kita manusia biasa yang sering alpa, ..Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali.

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.

Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. - tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H
):

Sebagai pelajar kita harus faham menuntut ilmu adalah ibadah (jihad ilmu) umpama musafir ilmu berjihad atas jalan-Nya. Sabar dan tenang dalam urusan. Terutama ketika berhadapan dengan soalan discrete math.


p/s : Niat merupakan kayu ukur kepada perbuatan kita dan niat juga amat mempengaruhi perbuatan kita.