Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..
Alhamdulillah kita masih diberi peluang hingga ke hari ini, hari ke-8 menunaikan ibadah puasa..
Namun masihkah peluang ini menjadi milik kita esok atau lusa??? atau adakah kita masih berpeluang untuk bersahur subuh nanti?? Terasa galau dihati, getar dijiwa, gusar andai Izrail datang menjemput...
namun bukan kah kita hidup untuk mati??? adabnya seperti bertemu untuk berpisah, seperti muda untuk menjadi tua ,Seperti sihat untuk sakit...Mudah diungkap namun jangan semudah itu diabaikan!!
08 Ramadhan 1410 hijrah, 8.00am..hari aku dilahirkan dengan fitrah yang suci Alhamdulillah.. Ramadhan ini juga menandakan genap setahun aku berhijrah,hidup seakan berputar 180darjah. Tiada yang lebih aku syukuri selain ujian itu telah membawa aku kembali kepadaMu...Telah menyedarkan aku selayaknya manusia, aku tidak wajar melupakan bahawa Engkau lah tempat bergantung. Ampuni hambaMu ini. Walaupun kepedihan dan kedukaan itu masih bersisa di hati namun ia tidak mungkin dapat membayar jemputan yang Engkau hulurkan agar kembali kepada MU.. Ya Allah kadang ku menitiskan air mata kerana sepanjang epilog silam itu mengapa Engkau masih menjagaku??? Walau sering ku abaikan Mu mengapa Engkau masih mahu mentarbiyah ku??? Subhanallah, Maha Suci Mu YA ALLAH... Begitu besar sifat Maha Pengasih Mu, Begitu Agong kasih sayangMu....
Mulanya terasa segan untuk mengenakan tudung yang agak labuh, tidak mampu dinafikan rasa takut dengan apa yang difikirkan oleh orang sekeliling dan teman-teman. Takut jika mereka berkata "si fulan itu kena bala baru insaf ". Ya Allah terasa ngeri untuk berhadapan, terasa janggal bila diri berbeza dari sebelumnya.
Dengan Ilmu agama yang cetek ini adakah layak aku bertudung labuh atau berjubah??? itulah yang bermain-main difikiran. Perspektif masyarakat yang turut tertanam dalam fikiranku. Namun kata-kata Bonda memberi semangat "Menutup aurat itu wajib untuk semua wanita, tak semestinya orang yang tak pandai agama tak layak untuk bertudung labuh..ilmukan boleh belajar " ... Aku pejamkan mata dan tetap dengan penghijrahanku...Membiarkan apa yang mereka kata...
Alhamdulillah walaupun baru setahun aku berhijrah tapi ia lebih bermakna dari 22tahun lalu yang dilewati dalam kerugian... Astaghfirullahal'Adzim
p/s : Without Allah on your side you can do nothing, with Allah on your said there nothing you cannot do..