Assalamuaalaikum....
Nasi goreng budu seafood @ Nasi goreng seafood budu??? agak sedikit keliru nak bagi nama nasi goreng yang dibuat khas untuk abah kesayanganku sebentar tadi...
.
Al-kisah bukanlah berkenaan resepi atau cara membuat nasi goreng ni..... Tapi ia berkenaan dengan hati, saya rasa seronok dan bersemangat ketika membuat nya dan rasa kepuasan bila melihat abah dan anak2 buah makan dan tambah lagi walaupun sedikit pedas..... Apa yang saya rasa itulah dinamakan KEBAHAGIAN....
Kebahagian apabila kita melakukan sesuatu untuk orang yang kita sayang dan mereka gembira, saat itu Kebahagian adalah milik kita... Mungkin kadang2 rasa sukar untuk mencari kebahagian sendiri, mungkin di dada bertakung dukacita yang tidak mampu dibuang....Namun cubalah membuat sesuatu atau memenuhi hajat orang yang kita sayang InshaAllah anda akan rasa KEBAHAGIAN yang saya rasa sebentar tadi...
Carilah Kebahagian kerana ia ada dimana2....Bahagiakanlah mereka terutama IbuBapa kita agar memberi kebahagian kepada diri kita sendiri....
p/s: Sebenarnya alangkah beruntungnya aku kerna masih punyai abah dan ma ....sesungguhnya Allah telah mencukupi untuk diriku.. bersyukurlah.....

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment