Cara Allah menyayangi hambanya

Tuesday, 18 September 2012


pagi yang indah ini ingin saya khabarkan, perkara2 yang baik2 sahaja dengan khabar2 yang baik2 sahaja yang kadang2 sy pun tidak menyedarinya.... 

Cukuplah kita bermuram berduka...sejujurnya kita sendiri pun penatkan berkeadaan begitu...apatah lagi orang disekeliling kita.... teringat pada pesan seorang ukhty di halaqah.net  "semasa saya dalam tangisan hati kecil saya besuara Allah ada disisi kamu saya berasa sangat tenang..walaupun tangisan saya masih ada"




Tidakkah kita rasa bertuah apabila menerima teguran secara langsung dari Allah???

Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan, hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat-Nya


ALLAH menguji keikhlasan kita bila bersendirian..
ALLAH memberi kedewasaan pada kita bila bermasalah..
ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan..
Sesungguhnya..

ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayangi tanpa menggantikan dengan yang lebih baik…
Bersabar dan berharaplah wahai insan, hanya kepada ALLAH SWT..
Katakanlah : “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam” (Al-An`aam : 162)






Syukurlah.
Allah bagi hidayah untuk berubah.

Syukurlah.
Allah gerakkan hati untuk rasa indah.

Syukurlah.
Bukan semua orang rasa macam yang bertuah.

Syukurlah.
Tak semua Allah sogok dengan tarbiyyah.

Syukurlah.
Syukurlah.
Syukurlah.








0 comments:

Post a Comment