Bismillahirrahmaanirrahiim.
Bila dibaca agak teragis tajuk nih...Tarik nafas dalam-dalam dan hembus...Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas.
Pesan kakak ku " Dalam hidup kita ni, setiap masa biarlah ada perubahan ke arah kebaikkan" walaupun kita sering berbuat dosa tetapi perubahan itu perlu untuk mendidik jiwa kita sedikit demi sedikit. Asalkan niat kita sentiasa ada untuk menjadi soleh atau solehah inshaallah suatu hari nanti Allah akan bukankan jalan untuk kita untuk menerima HidayahNya...
Subhanallah.... andai seisi dunia perlu ke pertaruhkan demi hidayah Mu aku rela dan aku berserah, cuma Ya Allah dekatkanlah cintaMu dengan cintaku, kerna aku tidak mahu merasa lemah setelah aku gadaikan segala kenikmatan isi dunia ini padaMU kerna hanya Kau yang mengatahui betapa cintanya hati yang lemah pada isi dunia yang melalaikan ini Astaghfirullah Hal 'Azim...
Aku tahu disebalik segala ujian dan musibah ini Engkau sembunyikan hikmah yang terbesar untukku Alhamdulillah cuma wahai Penciptaku lapangkanlah dadaku dan tabahkanlah hatiku untuk menerima segala qada' dan qadar Mu ... Kerna tidak mampu hati ini bertahan tanpa izinMu...
Pinjamkanku sujudMu seketika untuk ku menangis semahu-mahunya rintihan cinta yang sukar untuk disingkirkan....Ampunkan aku Ya Allah sewajarnya aku basahi sejadahku dengan air mata keinsafan dan takwa kepadaMu namun aku lebih kerap basahi sujudku dengan tangisan kecewa,rintihan berduka kerna kecintaan pada dunia... kerana aku tahu tiada yang lebih mengatahui tentang kami dan memahamiku melebihi Mu Ya Allah... kerana hanya Engkau tidak pernah jemu mendengar rintahan hambaMU ini....Hapuskan lah rasa kecintaan yang tidak abadi ini Ya Allah....Hapuskanlah..Singkirkanlah..... Ya Allah aku merayu kurniakanlah dan gantikanlah kepadaku dengan CintaMu yang Abadi dan Teragong.
p/s: dah la bersedih cukuplah menangis cubalah tersenyum saat ini.... Tarik nafas dalam dalam dan lafazkan syahadah dilidah mu, basahkan lah dengan perbanyakan istighfar... inshaallah hati tenang...
1 comments:
Cinta O Cinta... :)
Post a Comment