" Ujian !!! Kenapa aku yang menghadapinya??? bukankah diluar sana masih ramai manusia2 yang berbuat mungkar dan dosa melebihiku, dan aku bukanlah jahat sangat pun!!! Tidakkah Allah tahu bahawa aku begitu lemah untuk menghadapi ujian ini??? Tidakkah Allah tahu apa yang aku impikan?? Bagaimana aku tidak kecewa?? Apa yang aku daripada semua ini??berbaloii kah??? Dan aku begitu sunyi pada siapa lagi untuk aku mengadu dan sudah tiada siapa yang mampu menolong ku!!! " - Segala persoalan dan rintahan jiwa manusia telah dijawab oleh Allah 'Azza Wa Jalla dalam kalam Nya rujuk di sini .
“Segala sesuatu yang menimpa seorang muslim, baik resah, gelisah, derita, penyakit, hingga tertusuk duri sekalipun, adalah menjadi penghapus kesalahan-kesalahannya (dosa).” – Hadis Riwayat Bukhari
MashaALLAH beruntungnya.....
Segala dugaan, musibah yang menimpa seseorang itu adalah peringatan dari ALLAH SWT. Mungkin juga kerana kita kurang beramal ibadah, lalai dalam kesenangan, lalu ALLAH datangkan pula kesusahan. Mungkin juga kerana kita selalu mengingati ALLAh dalam masa-masa yang tertentu sahaja, maka ALLAh datangkan sesuatu sesuai dengan kehendaknya.
Seakan-akan, kita hendak diberitahu bahawa, ALLAh itu sentiasa ada di SANA.
Maka, musibah itu bukan semata-mata kemurkaan ALLAh, melainkan ada kasih-sayang untuk kita didalamnya.
Bukanlah ALLAh merasa sunyi tanpa cinta manusia, kerana sifat-Nya Maha Kekal Berdiri Dengan SendiriNYA, tetapi sebenarnya ALLAh ingin memberi kepada kita peluang demi peluang untuk saling bercinta denganNYA agar kita memperolehi rahmat dan kasih-sayang yang hakiki.
Dan yang hakiki, pastinya di syurga. MashaALLAH. Hebat, bukan?
view tazkirah penuh di sini
0 comments:
Post a Comment