Assalamuaalaikum....
Nasi goreng budu seafood @ Nasi goreng seafood budu??? agak sedikit keliru nak bagi nama nasi goreng yang dibuat khas untuk abah kesayanganku sebentar tadi...
.
Al-kisah bukanlah berkenaan resepi atau cara membuat nasi goreng ni..... Tapi ia berkenaan dengan hati, saya rasa seronok dan bersemangat ketika membuat nya dan rasa kepuasan bila melihat abah dan anak2 buah makan dan tambah lagi walaupun sedikit pedas..... Apa yang saya rasa itulah dinamakan KEBAHAGIAN....
Kebahagian apabila kita melakukan sesuatu untuk orang yang kita sayang dan mereka gembira, saat itu Kebahagian adalah milik kita... Mungkin kadang2 rasa sukar untuk mencari kebahagian sendiri, mungkin di dada bertakung dukacita yang tidak mampu dibuang....Namun cubalah membuat sesuatu atau memenuhi hajat orang yang kita sayang InshaAllah anda akan rasa KEBAHAGIAN yang saya rasa sebentar tadi...
Carilah Kebahagian kerana ia ada dimana2....Bahagiakanlah mereka terutama IbuBapa kita agar memberi kebahagian kepada diri kita sendiri....
p/s: Sebenarnya alangkah beruntungnya aku kerna masih punyai abah dan ma ....sesungguhnya Allah telah mencukupi untuk diriku.. bersyukurlah.....

Kisah Menarik Yang Memberi Kesedaran
Wednesday, 3 October 2012
Posted by Unknown at 08:55Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya.
Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung.
Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.
Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar.
Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya.
Pemuda terus menekan brek dan gostan ke tempat di mana bata tersebut dibaling.
Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.
“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!”
Budak tersebut memohon maaf….
“Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.
“Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…
Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark.
“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.
Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.”
Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh.
Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula.
Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”
Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”
Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah.
Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”
Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir.
Senyum
by : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Duhai Teman
Sunday, 30 September 2012
Posted by Unknown at 11:40
Duhai Hati dan Teman,
Walaupun diri ini hanya seorang musafir ingin ku berpesan pada Mu dan diriku terutamanya.. Tiap Kali diri kita diuji usahlah rasa tiada jalan untuk dilalui usahlah mencari teman2 untuk merintih dan bergantung harap kerana mereka jua manusia biasa ada rasa jemu dan bosan tambahan melayan kita yang sering berduka ini..Merintihlah dan Bergantunglah pada Allah SWT kerana Tuhan kita tidak pernah jemu dengan kita, lihatlah walaupun sering kita lupakan Nya di tegur kita melalui ujian sedangkan ramai lagi diluar sana yang dibiarkan dalam kelalaian...Alhamdulillah bersyukurnya kita...
Allah telah berikan jalan untuk kita, kembalilah pada Pencipta kita kerana Allah sentiasa menunggu agar kita kembali kepadanya dengan penuh keinsafan.
Usah persoalkan kenapa kita dibebani ujian / musibah seberat ini....
Dia juga tahu betapa retaknya hati kita tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat kepadaNya ..
~ Wallahualam~
p/s: dah la bersedih cukuplah menangis cubalah tersenyum saat ini.... Tarik nafas dalam dalam dan lafazkan syahadah dilidah mu, basahkan lah dengan perbanyakan istighfar... inshaallah hati tenang...
Ya Humaira
Posted by Unknown at 11:19
Ya Humaira,
La Tahzan,
Innallaha Ma'as Sobirin...
"don't be sad,
Allah is awlays with those who patience."
Pertemuan
Posted by Unknown at 10:53Setiap perjumpaan bukanlah kebetulan, tapi ketentuan Allah.
Setiap orang yang kita berjumpa - pasti berpisah pada akhirnya.
Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka.
Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah - dan ingat Allah tidak pernah melakukan apa yang sia-sia... maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri.
Lihat di sebalik apa yang dapat dipelajari daripada setiap pertemuan.
Dengan fikiran sedemikian, maka kita kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya, apalah yang perlu dipersoalkan lagi.
Cuba berfikir sejenak. Senyum.
Surat Cinta Berkalam Noda..
Friday, 21 September 2012
Posted by Unknown at 14:07
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Bila dibaca agak teragis tajuk nih...Tarik nafas dalam-dalam dan hembus...Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas.
Pesan kakak ku " Dalam hidup kita ni, setiap masa biarlah ada perubahan ke arah kebaikkan" walaupun kita sering berbuat dosa tetapi perubahan itu perlu untuk mendidik jiwa kita sedikit demi sedikit. Asalkan niat kita sentiasa ada untuk menjadi soleh atau solehah inshaallah suatu hari nanti Allah akan bukankan jalan untuk kita untuk menerima HidayahNya...
Subhanallah.... andai seisi dunia perlu ke pertaruhkan demi hidayah Mu aku rela dan aku berserah, cuma Ya Allah dekatkanlah cintaMu dengan cintaku, kerna aku tidak mahu merasa lemah setelah aku gadaikan segala kenikmatan isi dunia ini padaMU kerna hanya Kau yang mengatahui betapa cintanya hati yang lemah pada isi dunia yang melalaikan ini Astaghfirullah Hal 'Azim...
Aku tahu disebalik segala ujian dan musibah ini Engkau sembunyikan hikmah yang terbesar untukku Alhamdulillah cuma wahai Penciptaku lapangkanlah dadaku dan tabahkanlah hatiku untuk menerima segala qada' dan qadar Mu ... Kerna tidak mampu hati ini bertahan tanpa izinMu...
Pinjamkanku sujudMu seketika untuk ku menangis semahu-mahunya rintihan cinta yang sukar untuk disingkirkan....Ampunkan aku Ya Allah sewajarnya aku basahi sejadahku dengan air mata keinsafan dan takwa kepadaMu namun aku lebih kerap basahi sujudku dengan tangisan kecewa,rintihan berduka kerna kecintaan pada dunia... kerana aku tahu tiada yang lebih mengatahui tentang kami dan memahamiku melebihi Mu Ya Allah... kerana hanya Engkau tidak pernah jemu mendengar rintahan hambaMU ini....Hapuskan lah rasa kecintaan yang tidak abadi ini Ya Allah....Hapuskanlah..Singkirkanlah..... Ya Allah aku merayu kurniakanlah dan gantikanlah kepadaku dengan CintaMu yang Abadi dan Teragong.
p/s: dah la bersedih cukuplah menangis cubalah tersenyum saat ini.... Tarik nafas dalam dalam dan lafazkan syahadah dilidah mu, basahkan lah dengan perbanyakan istighfar... inshaallah hati tenang...
Tiada Duka Yang Abadi
Posted by Unknown at 12:43Lagu yang membakar semangat... walaupun ia sekadar lagu namun kesan nya mendalam pada hati yang lemah ini... Ya Allah kuatkanlah iman ku dan jiwa ku dalam setiap nafasku..Temanilah aku hambaMU ini...
"sesungguhnya ALLAH menguji setiap manusia mengikut kemampuan mereka menerima sesuatu ujian itu..."
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidupkan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ?kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Hakikat Ujian
Posted by Unknown at 12:08" Ujian !!! Kenapa aku yang menghadapinya??? bukankah diluar sana masih ramai manusia2 yang berbuat mungkar dan dosa melebihiku, dan aku bukanlah jahat sangat pun!!! Tidakkah Allah tahu bahawa aku begitu lemah untuk menghadapi ujian ini??? Tidakkah Allah tahu apa yang aku impikan?? Bagaimana aku tidak kecewa?? Apa yang aku daripada semua ini??berbaloii kah??? Dan aku begitu sunyi pada siapa lagi untuk aku mengadu dan sudah tiada siapa yang mampu menolong ku!!! " - Segala persoalan dan rintahan jiwa manusia telah dijawab oleh Allah 'Azza Wa Jalla dalam kalam Nya rujuk di sini .
“Segala sesuatu yang menimpa seorang muslim, baik resah, gelisah, derita, penyakit, hingga tertusuk duri sekalipun, adalah menjadi penghapus kesalahan-kesalahannya (dosa).” – Hadis Riwayat Bukhari
MashaALLAH beruntungnya.....
Segala dugaan, musibah yang menimpa seseorang itu adalah peringatan dari ALLAH SWT. Mungkin juga kerana kita kurang beramal ibadah, lalai dalam kesenangan, lalu ALLAH datangkan pula kesusahan. Mungkin juga kerana kita selalu mengingati ALLAh dalam masa-masa yang tertentu sahaja, maka ALLAh datangkan sesuatu sesuai dengan kehendaknya.
Seakan-akan, kita hendak diberitahu bahawa, ALLAh itu sentiasa ada di SANA.
Maka, musibah itu bukan semata-mata kemurkaan ALLAh, melainkan ada kasih-sayang untuk kita didalamnya.
Bukanlah ALLAh merasa sunyi tanpa cinta manusia, kerana sifat-Nya Maha Kekal Berdiri Dengan SendiriNYA, tetapi sebenarnya ALLAh ingin memberi kepada kita peluang demi peluang untuk saling bercinta denganNYA agar kita memperolehi rahmat dan kasih-sayang yang hakiki.
Dan yang hakiki, pastinya di syurga. MashaALLAH. Hebat, bukan?
view tazkirah penuh di sini
Cara Allah menyayangi hambanya
Tuesday, 18 September 2012
Posted by Unknown at 08:01pagi yang indah ini ingin saya khabarkan, perkara2 yang baik2 sahaja dengan khabar2 yang baik2 sahaja yang kadang2 sy pun tidak menyedarinya....
Cukuplah kita bermuram berduka...sejujurnya kita sendiri pun penatkan berkeadaan begitu...apatah lagi orang disekeliling kita.... teringat pada pesan seorang ukhty di halaqah.net "semasa saya dalam tangisan hati kecil saya besuara Allah ada disisi kamu saya berasa sangat tenang..walaupun tangisan saya masih ada"
Tidakkah kita rasa bertuah apabila menerima teguran secara langsung dari Allah???
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan, hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat-Nya
ALLAH menguji keikhlasan kita bila bersendirian..
ALLAH memberi kedewasaan pada kita bila bermasalah..
ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan..
Sesungguhnya..
ALLAH memberi kedewasaan pada kita bila bermasalah..
ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan..
Sesungguhnya..
ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayangi tanpa menggantikan dengan yang lebih baik…
Bersabar dan berharaplah wahai insan, hanya kepada ALLAH SWT..
Katakanlah : “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam” (Al-An`aam : 162)
Syukurlah.
Allah bagi hidayah untuk berubah.
Syukurlah.
Allah gerakkan hati untuk rasa indah.
Syukurlah.
Bukan semua orang rasa macam yang bertuah.
Syukurlah.
Tak semua Allah sogok dengan tarbiyyah.
Syukurlah.
Syukurlah.
Syukurlah.
Musafirku....
Sunday, 16 September 2012
Posted by Unknown at 15:13
Jasad ini hanya pinjaman,
Tanah ini hanya pinjaman,
Helaan nafasku ini hanya sementara,
Suka Duka ini hanya sementara,
Dan bermusafirlah rohku
Dalam kedukaan dunia yang tidak abadi ini...
Musafirku ini mengajarku
erti
Cinta, kasih sayang, kesetian dan harapan,
Namun aku telah menjualnya..
Demi sebuah Cinta yang teragung...
Melalui Tarbiah dari MU....
Jangan tanyakan ku tentang hidupku,
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan,
Ia adalah anugerah,
Dan
Ia adalah Ujian....
" Aku tidak pernah menyesali di atas sesuatu
seperti penyesalanku apabila terbenam
matahari yang mengurangkan umurku sedangkan
amalku tidak bertambah " - Ibnu Mas’ud
dan
kami berlindung kepada MU dr segala kejelekkan yg kami perbuat terhadapMu....
Ampunkan Kami Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Pengampuni..
Humaira Baharum
23 syawal 1433h
Insya Allah we’ll find the way
Wednesday, 12 September 2012
Posted by Unknown at 07:33Pagi yang segar ini ingin saya kongsi lagu yang sememangnya dah popular tapi kurang saya hayati sebelum ini..... kadang2 melalui lagu2 pan dapat menyedarkan kita tentang ujian Allah dan memberi kita sedikit kesedaran...
By: Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way
Jawapan Sebenar Bagi Yang Di Uji..
Tuesday, 11 September 2012
Posted by Unknown at 17:44
Wahai diri yang sedang berduka cita kalam Allah ini buat Mu...
Terasa nafas yang di hela perit.. Terasa hembusannya pula memedihkan..... itu lah yang saya jua rasa ...
Langkah kaki entah kemana mahu dibawa...setiap langkah begitu berat.... itulah yang saya jua alami...
bukan hanya saya atau anda diberi ujian dan merasai peritnya tetapi ada insan lain yang lebih berat di uji Allah ...
namun percayalah ujian Allah itu tidak melebihi keupayaan kita....
kadang-kadang Air mata tidak dapat ditahan hanya menanti waktu untuk dijatuhkan.... kadang2 hati tenang namun kadang2 kedukaan kecelaruan itu menerpa... sebenarnya bukan hati yang tenang tapi fikiran yang buat2 lupa pada ujian @ musibah yang menimpa.... ketenangan mudah di lintaskan di dalam fikiran tapi bukan di dalam hati....
Namun setiap persoalan yang menghimpit jiwa terlebih dahulu telah dijawab oleh Pencipta kita Tuhan sekalian alam yang amat mengasihi kita melebihi kasih sayang seorang ibu, Teman yang amat dekat dengan kita melebihi urat leher kita sendiri....
ALLAH `Azza wa Jalla adalah pencipta kita dan DIA adalah pencipta segalanya. DIA mengetahui yang zahir dan yang batin. DIA mengetahui apa yang terkandung di dalam hati lemah kita. Dan DIA tidak pernah membiarkan kita terkontang-kanting tanpa panduan dan cara menyelesaikannya.
Di dalam al-Quran yang mulia, ALLAH telah menyediakan semua jawapan terhadap persoalan manusia. Tinggal kita sahaja, samada sombong atau tidak, samada mahu mengkaji atau tidak, untuk mendapat manfaat yang besar dari kata-kata ALLAH Jalla wa A`la di dalam kitab yang mulia tersebut.
Berikut adalah sebahagian dari jawapan-jawapan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap bisikan-bisikan yang selalu singgah ke dalam hati manusia yang sedang berdukacita ketika berhadapan dengan situasi sukar masing-masing. Semoga dengan mengetahuinya, hati kita bisa menjadi tenang, insyaALLAH.
1.
Tatkala hati kita berdukacita bertanya ke dalam diri“Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”, sebenarnya ALLAH `Azza wa Jalla telah pun memberitahu kepada kita bahawa belum tentu apa yang kita idam-idamkan itu baik buat diri kita. ALLAH berfirman:
وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖوَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, 2:216)
2.
Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:
Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
3.
Apabila insan rasa terhimpit dan dilanda kekecewaan yang teramat sangat dek ujian yang melanda, lalu menjerti di dalam hatinya “Bagaimana aku tidak kecewa???, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan motivasi buat hati:
Apabila insan rasa terhimpit dan dilanda kekecewaan yang teramat sangat dek ujian yang melanda, lalu menjerti di dalam hatinya “Bagaimana aku tidak kecewa???, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan motivasi buat hati:
وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org yang beriman.” (Surah ali `Imran, 3:139)
4.
Sedang kita berhadapan dilema menghadapi situasi sukar lalu hati kita berbisik kebingungan“Bagaimana harus aku berhadapan dengan semua ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan panduan:
Sedang kita berhadapan dilema menghadapi situasi sukar lalu hati kita berbisik kebingungan“Bagaimana harus aku berhadapan dengan semua ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan panduan:
وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, 2:45)
5.
Tatkala manusia tertanya-tanya “Apa yang aku dapat daripada semua ini???” jika bersabar dan redha dengan ketentuan taqdir, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun menjawab dengan firmanNYA:
Tatkala manusia tertanya-tanya “Apa yang aku dapat daripada semua ini???” jika bersabar dan redha dengan ketentuan taqdir, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun menjawab dengan firmanNYA:
إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri, harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, 9:111)
6.
Apabila kita rasa berseorangan dan tidak larat menghadapi ujian lalu hati kita berbisik “Pada siapalah hendak aku minta pertolongan???”. Ketahuilah bahawa ALLAH `Azza wa Jalla lah tempat kita menumpukan usaha memohon pertolongan. ALLAH telah pun berfirman:
Apabila kita rasa berseorangan dan tidak larat menghadapi ujian lalu hati kita berbisik “Pada siapalah hendak aku minta pertolongan???”. Ketahuilah bahawa ALLAH `Azza wa Jalla lah tempat kita menumpukan usaha memohon pertolongan. ALLAH telah pun berfirman:
فَقُل حَسبِىَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ
“Maka katakanlah: ”Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”" (Surah at-Taubah, 9:129)
Maha Suci ALLAH, Segala Pujian BagiNYA yang sentiasa bersifat kasih dan sayang terhadap kita. Kesemua jawapan-jawapan ini yang diperolehi dari kata-kata ALLAH di dalam al-Quran yang mulia bisa memberikan ketenangan dan kekuatan dalaman buat insan yang membaca dan memahanimya. Ia menjadi bekalan buat diri dalam menempuhi jalan kehidupan yang panjang dan sementara ini. Cukuplah ALLAH sebagai penolong dan tempat diserah segala urusan…
Wahai yang sedang berdukacita, tidak usahlah berdukacita kerana ALLAH sentiasa bersamamu dan menolongmu, jika dirimu bersabar.
sumber: - http://muzir.wordpress.com
Subscribe to:
Posts (Atom)