Duhai Teman

Sunday, 30 September 2012


Duhai Hati dan Teman,



Walaupun diri ini hanya seorang musafir ingin ku berpesan pada Mu dan diriku terutamanya.. Tiap Kali diri kita diuji usahlah rasa tiada jalan untuk dilalui usahlah mencari teman2 untuk merintih dan bergantung harap kerana mereka jua manusia biasa ada rasa jemu dan bosan tambahan melayan kita yang sering berduka ini..Merintihlah dan Bergantunglah pada Allah SWT kerana Tuhan kita tidak pernah jemu dengan kita, lihatlah walaupun sering kita lupakan Nya di tegur kita melalui ujian sedangkan ramai lagi diluar sana yang dibiarkan dalam kelalaian...Alhamdulillah bersyukurnya kita...

Allah telah berikan jalan untuk kita, kembalilah pada Pencipta kita kerana Allah sentiasa menunggu agar kita kembali kepadanya dengan penuh keinsafan. 

Usah persoalkan kenapa kita dibebani ujian / musibah seberat ini....

Dia juga tahu betapa retaknya hati kita tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat kepadaNya .. 
~ Wallahualam~

p/s: dah la bersedih cukuplah menangis cubalah tersenyum saat ini.... Tarik nafas dalam dalam dan lafazkan syahadah dilidah mu, basahkan lah dengan perbanyakan istighfar... inshaallah hati tenang...

1 comments:

Itashaklee said...

Mohon share ya..ini FB ita: NornaZarita. Web: nornasweet.blogspot.com (jemput ya utk ketahui siapa ita,tqsm)
Kita selalu mengeluh, tp tidak fikir y kekurangan itu semua ujian dariNYA
Tq for sharing

Post a Comment